HUJAN DI HATI, BILAKAN BERHENTI...

Tuesday, July 26, 2005

LEPASKAN AKU DARI HATIMU, Ep. 10

Amir Zuhairi mundar mandir di dalam pejabat. Memikirkan pertemuan itu. Tidak diduga sama sekali dia dapat bersua lagi dengan Zulaikha. Setelah sebulan lamanya berlalu kemalangan itu.

Kehadirannya di kedai itu tidak disedari oleh Zulaikha. Namun Amir Zuhairi berpuas hati. Semenjak kemalangan itu memang dia menyimpan hasrat untuk menghubungi Zulaikha. Entah kenapa hatinya sering sahaja berbelah bagi.

Nak meminta ganti rugi, keretanya bukanlah rosak teruk sangat, jika dibandingkan dengan kereta Zulaikha. Sekadar bertanya khabar, apa pula kata Zulaikha. Sedangkan di hari kemalangan itu dia bersuara dengan nada sinis.

Amir Zuhairi memang sedar sikapnya hari itu agak keterlaluan. Siapa yang tidak marah.. Disebabkan kejadian hari itu membuatkan dia terlewat setengah jam untuk satu temujanji.

Baginya masa sangat berharga. Amat penting tidak kira itu temu janji persendirian atau pun perniagaan. Seboleh-bolehnya dia mesti hadir awal daripada orang yang ingin ditemuinya. Ini adalah prinsipnya sejak dulu lagi.

Mujurlah orang yang ditemui hari itu dapat menerima alasannya. Jika tidak mungkin orang tidak akan mempercayainya. Paling teruk kepercayaan orang lain terhadapnya akan hilang

“Boleh saya dapatkan kad nama saudara?” Sopannya Zulaikha meminta. Suara lembut itu bagai membuai perasaannya.

Permintaan Zulaikha untuk mendapatkan kad namanya tidak dilayan. Sengaja dia tidak memberinya kerana rasa marah yang menebal di hatinya waktu itu.

Pun begitu Amir Zuhairi rasa kagum dengan sikap Zulaikha. Walaupun disindir tapi Zulaikha terus meminta maaf. Tidak malu mengakui kesilapan sendiri.

Suara lembut itu bernada tegas. Itu yang membuat dia teringat-ingat seraut wajah itu.

Kad nama Zulaikha direnung kembali. Amir Zuhairi tersenyum lagi.

Aku sudah jatuh cinta? Dia bertanya kepada diri. Tak mungkinlah. Dia menafikan sendiri.

Cinta boleh hadir bila-bila saja. Cinta dicari tidak ditemui. Cinta dikejar semakin jauh. Cinta datang tanpa diundang. Perasaan itu ada dalam diri semua orang. Amir Zuhairi berfalsafah sendiri.

Senyuman itu hanya seketika sahaja di wajah Amir. Ianya bertukar rona bila teringatkan lelaki di samping Zulaikha hari itu.

Betulkah tunangannya atau lebih tepat suaminya? Amir Zuhairi tidak mahu memikirkan kemungkinan itu.

Tak salah kalau dia menalipon. Lagi pun ada perkara yang masih belum diselesaikan lagi antaranya dan Zulaikha.

Satu perkara yang Amir Zuhairi pasti. Zulaikha memang menggemari warna biru. Mengikut skala warna, biru bererti romantik, lembut.. Jauhnya dia berangan mengenai Zulaikha.

Lagu nyanyian Allahyarham Sudirman, Milikkah Siapakah Gadis Ini seakan berkumandang di mana-mana. Harap-harap Zulaikha masih belum berpunya lagi. Doa Amir Zuhairi di dalam hati.

Proton Wira diberi nama
Warna biru pilihan hati
Hasrat menggunung ingin bersua
Mengapa malu menguasai diri

Monday, July 25, 2005

LEPASKAN AKU DARI HATIMU, Ep. 9

Mesyuarat yang dihadiri di Putrajaya begitu cepat tamatnya. Tidak bagai selalu. Tuan Pengerusi terpaksa memendekkan mesyuarat. Ada panggilan kecemasan daripada keluarganya. Jika tidak jam 5.00 belum tentu habisnya.

Amir Zuhairi memandu kereta perlahan. Tidak tahu ke mana arah untuk dituju. Nak pulang ke pejabat pun pasti mengambil masa yang lama. Waktu-waktu begini, jalanraya semakin tenat. Apatah jika menuju ke Kuala Lumpur. Baik dia berjalan-jalan dulu.

Tanpa banyak berfikir, kereta di belok ke kiri. Stereng diputar menghala ke South City Plaza. Bangunan yang tidak sampai dua tahun beroperasi itu bagai menggamit kehadirannya.

Kereta di parkir. Amir berjalan perlahan. Melihat ke dalam bangunan tersebut. Banyak juga kedai di sini. Getus hatinya. Terdapat juga pasaraya besar di situ. Nama pun dah gah. Begitu cepat tuan punya pasaraya itu mengembangkan sayapnya. Entah kenapa dadanya terasa berdebar.

Amir berjalan lagi. Tiba-tiba matanya tertancap kepada pasangan di sudut sebuah kedai kasut. Macam pernah jumpa. Tapi siapa ya? Hatinya bertanya sendiri. Belum dapat memusatkan fikiran siapa gerangannya perempuan itu.

“Jo… U cakap nak jumpa sekejap saja…” suara perempuan itu agak jelas di pendengaran. Memang jaraknya dengan pasangan itu agak hampir.

Amir melihat ke arah beberapa pasang kasut. Lawa-lawa juga designnya. Amir berbisik sendiri.

“Ha….. tolong pilihkan kasut untuk Jo. Banyak sangat ni… tak tahu mana satu yang sesuai…” suara lelaki membalas pula.

Entah kenapa perbualan tersebut menarik minat Amir. Hasrat untuk berganjak dari kedai itu terhenti. Amir pura-pura melihat beberapa jenis kasut.

Amir mencari-cari sendiri. Suara itu bagai pernah didengarnya, tapi di mana ya... Amir masih berfikir…

“U dah mungkir janji Jo. U cakap nak belanja Ha makan, bukan nak tolong pilihkan kasut. Ini dah lain pula jadinya.” Perempuan itu menjawab. Nampak ketidak selesaan di wajahnya. Namun suara itu masih lagi lembut.

“2 in 1….. Sebelum makan kita jalan-jalan dulu. Ha pun boleh pilih yang mana berkenan. Jo boleh bayarkan. Yang biru itu sesuai dengan baju Ha.” Lelaki itu menunjuk ke arah kasut yang dimaksudkan.

Amir Zuhairi sempat menoleh sekilas. Dia bersetuju dengan kenyataan lelaki itu. Memang cantik rekaan kasut tersebut. Sesuai dengan baju perempuan itu.

Amir tersenyum sendiri melihat wajah perempuan tersebut. Dah bertukar rona kini. Agak masam. Bunga-bunga pertelingkahan antara kekasih, agaknya.

Yes…. Tudung biru itu mengingatkannya kepada perempuan itu. Perempuan yang pernah melanggar belakang keretanya dulu. Tudung itulah yang dipakainya semasa kejadian perlanggaran itu sebulan lalu.

Zulaikha! Panggilan manjanya 'Ha'. Kekasih diakah itu? Tapi cara Zulaikha melayan lelaki itu tidak menunjukkan keadaan sebenarnya.

Mana kau tahu Amir. Kau bukan ada kekasih. Fikirannya pula membalas.

“Ini sesuai tak?” Lelaki itu bertanya.

Zulaikha hanya mendiamkan diri. Mempamirkan sikapnya yang semakin bosan.

“Ha.. Jo tanya ni…..
Bagilah pendapat!
Selalunya taste Ha memang tepat dengan citarasa Jo.
Please….”

Oh lelaki itu namanya Jo. Amir Zuhairi membuat andaian sendiri. Pandainya lelaki itu memujuk. Dengan ekor matanya dilihat Zulaikha masih lagi tidak bersuara. Degil juga Zulaikha ini! Amir Zuhairi berbicara di dalam hati.

“Ok lah… sesuai dengan Jo..” Zulaikha yang telah duduk bangun semula. Mungkin malu agaknya dengan sales girl yang mendengar perbualan mereka.
*****
“Ya… Encik, ada yang berkenan?” Suara sales girl yang menyapanya mengejutkan Amir.
“Saya nak cuba yang ini, size 7.” Amir berkata perlahan. Tidak mahu Zulaikha menyedari kehadirannya di situ. Tidak mahu dia bertemu dengan Zulaikha dalam situasi begini. Tidak ingin Zulaikha perasan kelibatnya di situ. Ini bukan waktu yang sesuai untuk sebuah pertemuan selepas kejadian dulu. Masih ada waktu yang lain lagi.
Pasangan itu berlalu setelah membeli kasut tersebut. Masih terdengar lagi suara Zulaikha yang beria-ia menolak pabila teman lelakinya ingin membelikannya kasut berwarna biru itu.
Kasut yang dicuba akhirnya menjadi milik Amir Zuhairi. Selepas membuat pembayaran, Amir Zuhairi terus beredar. Bayangan Zulaikha tidak kelihatan lagi.
Sementara berjalan ke parkir kereta, minda Amir ligat berputar. Kekasih Zulaikha kah itu atau tunang Zulaikha?. Perasaan ingin tahu meluap-luap.

Amir Zuhairi mencari jawapan. Persoalan itu mengasak dadanya yang kian berlari kencang. Kenyataan tentang tunang membuatkan Amir Zuhairi diburu resah. Ada rasa sendu di hujung hatinya.
Tanpa sedar dia menyebut nama Zulaikha berkali-kali dengan sebuah keluhan.
***********

Dhiya & Eita, mg berpuas hati dgn. n3 di atas..

Thursday, July 07, 2005

LEPASKAN AKU DARI HATIMU, Ep. 8

Senyuman tidak lekang dari bibir Johari. Dia merasa begitu gembira sekali. Tak diduga Zulaikha menerima pelawaannya. Walaupun pada mulanya Zulaikha agak keberatan. Johari tidak peduli lagi. Yang penting hari ini dia akan bersama Zulaikha menyambut hari lahirnya..

Dia mengingati masa lalu. Tiap-tiap tahun Zulaikha tak pernah lupa akan hari lahirnya. Hadiah dengan sekeping kad. Kemudian mereka akan meraikannya. Ada sekali itu, Zulaikha menghadiahkannya sebiji kek coklat berbentuk hati. Menurut Zulaikha, kek itu dibuat sendiri khusus untuk Johari.

Zulaikha menarik muka masam bila dia tidak percaya bahawa kek tersebut adalah hasil tangan Zulaikha sendiri. Johari menggiat mengatakan kek itu dibeli di kedai.

Kemudiannya, Zulaikha menghadiahkan sebuah senyuman bila Johari memuji bahawa kek itu memang sedap. Zulaikha.. tinggi cita-citanya. Ingin membuka sebuah kedai kek bila dia tak larat nak bekerja lagi. Nak cuba jadi ‘boss’ sendiri. Tak mahu kerja di bawah arahan orang lagi.

Johari mengeluh sendiri. Kenangan itu datang semula. Kenapa dia tidak pernah menyelami hati Zulaikha sebelum ini. Zulaikha sering dijadikan tempat untuk mencurahkan masalah. Zulaikha yang selalu menjadi pendengar setia. Zulaikha sering memberi keyakinan bila dia tidak dapat membuat sesuatu keputusan. Dalam urusan kerja pun Zulaikha banyak membantunya.

Pernah juga Zulaikha menemaninya semasa dia bermain bola. Duduk di tepi padang. Pada hal dia tahu Zulaikha tidak menyukai sukan itu. Deminya Zulaikha sanggup sahaja. Hinggakan semasa perlawanan bola pun, Zulaikha boleh tertidur dalam hingar bingar penonton memberikan sokongan kepada pasukan yang dipilih.

Bila diingat-ingat kembali, memang dia sering mengambil kesempatan di atas kebaikan Zulaikha. Ajakan Zulaikha ke aktiviti seni di Dewan Bahasa dan Pustaka. Atau menonton teater di Istana Budaya, sering ditolaknya.

Bukan itu saja. Kepada Zulaikha diberitahu bahawa aktiviti itu hanya membuang masa. Akhirnya Zulaikha pergi bersama-sama rakan sealiran.

Dia tidak pernah ambil tahu apakah Zulaikha berkecil hati dengan sikapnya.

Selama perhubungan itu, dia tidak pernah cuba memahami Zulaikha. Anehnya... persahabatan ini tetap berpanjangan kerana dia amat menyenangi Zulaikha. Zulaikha yang tidak banyak karenah.

Cuma hubungan mereka semakin renggang bila dia bertugas di tempat lain. Semenjak dia menceritakan tentang gadis idamannya, Zulaikha jarang bertanya khabar. Perhubungannya dengan Zulaikha terputus begitu sahaja.

Apa yang diharap tidak pula berakhir seperti yang dirancang. Gadis idamannya itu mengakui bahawa dia telah bertunang. Pedih sungguh hati Johari di saat itu.

Lantas, dia teringat akan Zulaikha. Agaknya inilah perasaan Zulaikha yang terasa di pinggirkan. Kebaikan-kebaikan Zulaikha pun bagai tayangan video di layer mindanya.

Hari ini dia tertekad. Hati Zulaikha akan ditawan kembali. Rugi kalau dia melepaskan Zulaikha begitu sahaja. Walaupun Zulaikha seakan menjauhkan diri tapi dia akan terus mencuba.

Hati perempuan macam kerak nasi. Akan lembut juga akhirnya. Johari membuat tafsiran sendiri.

Namun bagaimana untuk dia merealisasikan impiannya. Zulaikha kini amat berbeza. Dulu dia penurut, mudah kasihan, jarang meninggikan suara. Kalau ada yang tidak berkenan di hati. Dia akan mendiamkan diri. Tak mahu timbulkan pertelingkahan. Segala rasa tersimpan di hati. Kini sikap itu seakan hilang dari diri Zulaikha.

Hari ini dia akan buktikan dengan perbuatan. Bukan dengan kata-kata sahaja. Biarlah dia yang memberi hadiah kali ini. Moga hari lahirnya akan menjadi hari yang bersejarah dalam hidupnya dan Zulaikha.

Johari bersiul-siul kecil. Lagu ‘Suatu Masa’ ciptaan M.Nasir keluar satu-satu dari bibirnya. Johari menunggu hari petang dengan rasa yang tidak sabar.

........Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu……..
Kau sampaikan
Rasa rindu yang membara kepadanya.....

Warna2 cintaku kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang nak ku rasa
Atau kau tak endah

Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan dipersiakan
Dan di suatu masa di hari nan indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima……….


********

rasanya cerita ini agak hambar, tapi itu yang terbaik dapat dibuat.....

Friday, July 01, 2005

Jawap Tag Board

Lama dah tak menjawab tag board, bukan menghilang cuma jadi pemerhati saja...

diya : ada masa tersasul juga, n3 baru dah terhidang... cuma watak diya belum muncul lagi...:D

dang nila : cik gu besar lama x melawat, kali ini tulis pen biru ya!

eita : tq dtg berkunjung & war2kan blog ni.... tuan rumah ada, cuma tak sempat menyambut org. datang... nak ajak makan durian pun durian belum luruh lagi...:p

pink jambu : detik hati tu ada betulnya; rupanya kita dah kenal nama sebelum ini ya... moga2 kita jumpa di alam sebenar pula...

seriadriani : kita ni pemalu.... so senyap2 aje.... cerita pun entah macam mana pula... eh... ramainya nak berghazal....:D

harum jasmin : apa khabar? dah tempah tiket nak dtg. berghazal? teringat cheese cake mu...em..em... sedapnya!

mar : nak jadi konduktor bas ya? bas apa nak di chartered?

dhiya : kebetulan ke nama Amir dan Dr. Zul nak sama aje, kembar terpisah kot!

kaksu : apa khabar kin?

mar : tengah senyum ni bila mar kata suka pantun tu..... cinta berputik, kena tunggu next n3

zaira : gembira dapat kenal zaira, tq dtg. berkunjung, datanglah lagi...

dang sari : tuan rumah dah menjelmakan diri....

ren : salam kenal juga buat ren, tkasih datang membaca..

eita : menyepi mencari bahan cerita.... atau pun diam sbb tak ada cerita...ha..ha..ha..

Iena : tq sudi nak kenal... moga Iena sihat sejahtera

Lia : Hi Lia...

Nisa : terima kasih ke blog ini, datanglah lagi...

tihani : tuan rumah ada hal, itu yang tak ada..., salam buat tihani

mie : apa khabar? datanglah lagi membaca....